KELAS AL-QURAN UNTUK SEMUA
Dewasa – Remaja – Kanak-Kanak
Dewasa – Remaja – Kanak-Kanak
Pengenalan
Pusat Pembejaran Al-Quran Al-Baghdadi Taman Yayasan, Segamat
الحمد لله رب العلمين وصلاة والسلام على رسول لله Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh. Selamat datang ke laman sesawang kelasmengaji.weebly.com! Al-Quran merupakan rahmat bagi sekalian alam. Di dalamnya terdapat segala panduan, cerita, pengajaran, hukum hakam dan merupakan ibu segala ilmu. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan bagi setiap yang bernama muslim untuk mempelajari, membaca, memahami seterusnya mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Di Pusat Pengajian Al-Quran Teknik Al Baghdadi Taman Yayasan Segamat, kami menawarkan peluang mempelajari al-Quran bagi semua peringkat umur. Bagi yang berumur 7 hingga 12 tahun, kami menawarkan Program Bimbingan Asas Al-Quran sehinggalah ke peringkat Talaqqi Al-Quran. Tidak ketinggalan juga kami menyediakan program untuk golongan DEWASA iaitu Program Bimbingan Asas Al-Quran, Tajwid dan Talaqqi (from zero to hero, dari tidak tahu membaca sehinggalah boleh membaca al-Quran). Untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik pilihan program kami pada bahagian atas web ini. Terima kasih! |
Kelebihan Pusat Pembelajaran Kami
|
MBOR Pertama diperolehi pada tahun 2013 sebagai "Rangkaian Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar" di Malaysia
|
MBOR Kedua diperolehi pada tahun 2015 sebagai "Rangkaian Pusat Tahfiz Al Quran Terbesar" di Malaysia
|
MBOR Ketiga diperolehi pada tahun 2015 sebagai "Program Al Quran Prenatal Pertama" di Malaysia
|
MBOR Keempat diperolehi pada tahun 2016 sebagai "Modul Pembelajaran Tahfiz Al Quran Pertama" di Malaysia
|
JUMLAH PENGUNJUNG |
ALAMAT KAMI |
LOKASI KAMI |
No. 10 Tingkat Atas, Jalan Puteri 2/1,
Taman Segamat Jaya, 85010 Segamat, Johor Darul Ta'zim Hubungi / WhatsApp : 017-7711 078 Email : [email protected] Facebook : Al Baghdadi Taman Yayasan Segamat |